Sunday, August 16, 2009

BAHASA MELAYU

kadang2 rse amat bersalah ble ak ckp omputih cam da xreti ckp melayu. malu ak ble pegang title nme melayu tp xreti ckp melayu. muke cam melayu, kulit jgn ckp la. tp ble tibe part bercakap, Ya Allah, abh berterabur melayu-nye. biarpun nmpak cam menyindir tp inilah realiti. mmg betul kata pujangga, ilmu itu penting. bahasa asing pon termasuk dalam ilmu juga. dan, ya, bahasa asing pon penting bile dikaitkan dengan ilmu. namun teruk sangat ke kita umat malaysia khasnya melayu apabila terlalu mengagungkan bahasa asing sampai kite lupe yang kite pon ade bahasa sendiri??

aku rasekan diri aku seakan-akan terpanggil menulis apabila aku nmpak yg isu berkaitan bahasa ibunda kita ini seperti sudah memuncak, menggunung dan membukit. baru2 ni, banyak jugak gerakan yang muncul menentang pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. tp ak terpikir, knape baru sekarang??? kenape x dlu2 sebelum mereke memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu??

ak, sebagai pelajar, yang terpilih untuk menjadi antara pelajar pertama yang belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris rase terpanggil untuk mmberi komen. ak masih ingat lagi, tahap bahasa inggeris ak cukup rendah mase ak menduduki UPSR. malah, keputusan inggeris ak hanya mencatatkan huruf 'B' sahaja jika dibandingkan dengan rakan2 sekelasku. tp ak buat dekk saje. ak positif lagi mase 2. sbb ak tahu, hidup ni sebenarnya adelah proses pembelajaran. tp ak tw, bile naik tingkatan 1, ak harus belajar subjek2 kritikal ini dalam bahasa inggeris. ak redhakan saje.

naik saje tingkatan satu, ak hadapi masalah nk confront ngan subjek2 kritikal tahap ICU 2. ak mula nmpak kepentingan bahasa inggeris tu. mase tu, hanya Allah saje tau perasaan hamba-Nya ini menghadapi subjek2 tu. nk mintak tolong mak ayah ak, agak mustahil sbb mereka pon bukannye terdiri daripada org yang 'sangat' terpelajar. namun, mereka hanya ibu bapa golongan sederhana yang berjaya melahirkan manusia yang taw berfikir ini. masa tu, hanya dengan berbekalkan guru2 SMKBTR yang berdedikasi, rakan2 yang sangat membantu serta semangat diri yang xpernah luntur, ak mmpu mencapai tahap penguasaan bahasa inggeris yang bagus untuk tahap umur ak pada masa itu. ak berjaya menguasai bahasa inggeris semata-mata, malah sekaligus subjek2 kritikal ini. malah, tahun pertama PMR dijalankan dalam bahasa inggeris, ak berjaya memperoleh keputusan yang bagus dan mampu untuk ak meng'apply' sekolah berasrama penuh yang terunggul di malaysia ini.

Alhamdulillah, ak berjaya masuk dalam rangkaian sekolah berasrama penuh itu walaupun pada mulanye ak hampir berputus asa kerana panggilan kemasukan ke rangkaian sekolah ini lambat berbanding panggilan kemasukan sekolah2 berprestij yang lain. dalam jangka masa persekolahan ak di situ pun ak berhempas pulas utuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris ak disamping bergaul dengan rakan2 yang lain, mereka yang jauh lebih berperstij dari isi ilmu dan isi poket.dan di sanalah ak berdepan dengan realiti di atas. anak2 melayu yang begitu bermegah dengan bahasa inggeris yang dikuasai mereka. ak hanya mampu menghadapi realiti disamping menoleh ke arah imaginasi ak, dimana anak2 melayu masih bersifat seperti melayu.

hidup di alam realiti yang agak suram berbanding imaginasi ak itu berakhir dengan jayanye apabila SPM dapat ak habiskan dengan cemerlangnya. malah ak berjaya terpilih untuk masuk ke sebuah IPT terkemuka di Malaysia sejurus selepas ak tamatkan tingkatan 5 ak. 5 tahun ak habiskan masa belajarku dalam bahasa asing untuk 2 subjek kritikal ini ak nampak natijahnya dengan jelas.pro dan kontra yang begitu jelas. bagi ak, malaysia masih kelabu dengan misi masa depan untuk belia nya.

hal ini jelas kerana jika malaysia mahukan pelajarnya menjadi global student, jadi apa salahnya jika pengajaran dalam bahasa inggeris diteruskan?? malah, realiti (lagi sekali) menunjukkan bahawa kenape jika bahasa melayu ingin dikekalkan tetapi konsep pengajaran di universiti2 tempatan masih berorientasikan bahasa inggeris?? perjelaskan saya hal ini!.


tetapi jika bahasa melayu ingin terus dikekalkan, kenapa malaysia tidak mencontohi konsep jepun?? kenapa dan mengapa malaysia tidak mengasimilasikan konsep mereka ini dalam budaya masayarakt melayu?? dengan konsep jepun yang diamalkan sekarang, jepun mampu mencapai tahap global dan menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya. kegemilangan jepun dalam zaman moden ini mengembalikan ingatan ak ke zaman kesultanan melayu melaka dahulu kala. zaman itu, bahasa inggeris xd org pandang pun malah bahasa melayu sudah menjangkau ke lingua franca. mase tu, org datang melaka cakap bahasa kita bukan macam sekarang, org datang melaka tp kite cakap bahasa dia. dunia dah terbalik agaknya. mana hilangnya rasa hormat pelancong pada tuan rumah sampai xcuba pon nk ckp bhsa kita? atau org melayu ni bersopan sangat sampai xmahu melukakan hati pelancong dan sehingga sanggup untuk tunduk dengan kehendak pelancong dalam every perkara. ini dalam soal pelancong, yang masuk negara kita Malaysia dengan halal. tp macam mana pula dengan mereka yang masuk dengan haram?? segelintir mereka yang masuk secara haram ini betul2 'vexing'kan hati ak serta kami rakyat malaysia. jelas sekali sesekali rakyat malaysia begitu terpengaruh dengan tv sehinggakan dengan mereka pun kita tunduk dalam berbahasa ibunda mereka. di situ jelas tertunjuk, di mana letakknya bahasa melayu??

jawab la soalan saya ini.......

No comments:

Post a Comment